Monday, 24 October 2016



Hello semua,
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai cara pemakanan seimbang yang saya rasa patut diamalkan oleh anda semua,tp ini hanya contoh sahaja yer.Kalau lorang rasa nak ikut jadual dia bawah,ianya amat dialu-alukan.



Hasil carian imej untuk table of food
 Jadual di atas merupakan diet pemakanan seimbang 

Monday, 10 October 2016

Resepi kek coklat

Hello semuaaa,saya amat menggeri kek coklat,So,hari ini saya ingin berkongsi mengenai resepi masakan kek coklat

http://www.myresepi.net/2015/10/resepi-kek-coklat-kukus.html




Hasil carian imej untuk kek coklat



Bahan-bahan buat kek coklat:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur

Bahan-bahan buat topping kek coklat kukus:

  • 300 gm coklat masakan yang sudah dipotong kecil
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas

Cara buat kek coklat kukus:

  1. Masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, minyak masak, dan susu pekat ke dalam periuk dan masak sampai sebati dengan api sederhana.
  2. Bila dah sebati, sejukkan.
  3. Lepas tu, pukul telur sampai kembang.
  4. Masukkan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul sampai sebati.
  5. Ayak tepung, bikarbonat dan baking powder bersama, lalu masukkan sedikit demi sedikit, dan kacau sampai sebati selama 5 minit.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ikat dengan beg plastik/kertas foil.
  7. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
  8. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 70 minit dengan api sederhana.
  9. Jangan buka penutup kukus bila belum sampai cukup masa.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Kek coklat kukus siap dihidangkan.

Cara buat topping kek coklat kukus:

  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
  3. Padamkan api dan masukkan butter, dan kacau hingga cair.
  4. Curahkan 1/2 dari topping cair yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
  5. Biarkan 15 – 30 minit supaya topping meresap ke dalam kek.
  6. Panaskan kembali topping yang lebih tadi dan masukkan air panas.
  7. Kacau hingga sebati dan curahkan lagi ke atas kek.
  8. Bila topping dan kek sudah sejuk, boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  9. Kek coklat kukus yang moist dengan topping siap dihidangkan.
Cukup sekian Resepi Kek Coklat kukus moist dan mudah untuk dibuat yang saya boleh kongsi. Anda boleh membuat resepi ini sebagai satu pengekalan menu keluarga anda di rumah kerana ia amat disukai oleh kanak-kanak.

Carian Ini Berkaitan Dengan:

  • kek coklat kukus
  • resepi kek coklat kukus
  • resepi kek
  • kek coklat
  • kek coklat moist
  • kek kukus
  • resepi kek coklat moist
  • cara buat kek
  • cara membuat kek coklat
  • cara buat kek coklat

Western Food

Hai semuaaaa....sekarang saya berasa saaaangatttt lapar.Jadi,
Hari ni saya ingin berkongsi makanan kegemaran saya dengan semua.
saya amat menggemari western food,oleh sebab itu saya ingin berkongsi beberapa gambar western food yang saya gemari




Hasil carian imej untuk western foodHasil carian imej untuk western foodHasil carian imej untuk western foodHasil carian imej untuk western food


Berikut merupakan antara makanan kegemaran saya.Semoga anda semua terliur melihat gambar2 di atas,hehehe.

Monday, 19 September 2016

Makanan Tradisional Di Malaysia


Assalamualaikum semua...

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai makanan tradisional yang terdapat di negara Malaysia.Seperti yang kita maklum,penduduk di negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.Ada kaum melayu, cina, dan india.Mereka semua mempunyai makanan tradisional mereka masing-masing.Antaranya ialah:




Makanan Tradisinal Masyarakat Melayu




Makanan tradisional masyarakat melayu

Gambar di atas merupakan antara makanan tradisional masyarakat melayu yang sering digemari dan sering dihidangkan oleh masyarakat dalam pelbagai majlis atau perayaan seperti majlis hari raya, majlis hari lahir, kenduri kahwin dan sebagainya.

Seperti yang kita sedia maklum,makanan tradisional melayu mempunyai daya atau faktor tarikan yang tersendiri.Antara daya tarikan atau faktor penarikan tersebut ialah faktor kepelbagaian warna dan rasa sesuatu makanan tersebut.Rasanya yang unik dan enak telah menarik perhatian masyarakat lain yang terdapat di Malaysia untuk merasai makanan tersebut.Bukan itu sahaja, malahan pelancong luar yang terdiri daripada pelbagai jenis buah negara turut tertarik untuk merasai makanan tradisional masyarakat melayu di Malaysia.

Di sini, saya ingin berkongsi mengenai resepi makanan kegemaran ramai masyarakat Malaysia iaitu rendang.Resepi adalah seperti berikut:


Resepi Rendang Ayam

Rendang Ayam
Resipi Rendang Ayam, sedap dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Di sebelah utara atau juga di sesetengah kawasan lain, rendang ayam juga dimakan bersama pulut kuning, iaitu pulut yang dikukus dan digaulkan bersama santan. Memang sedap, bagi sesiapa yang belum pernah makan pulut kuning bersama rendang, harus mencuba. Ada beberapa cara untuk memasak rendang, cara yang pertama menggunakan kaedah tumis bahan kisar di dalam minyak dan cara yg kedua pula tidak menggunakan minyak tetapi dimasak dia dalam santan yang pekat sehingga pecah minyak. Resepi di bawah adalah menggunakan kaedah yang pertama.
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 6

Bahan-Bahan:

Bahan untuk di kisar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 2 cm kunyit hidip
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
Bahan-bahan berkaitan lain
  • 1 kg ayam, potong ikut selera anda
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 senduk minyak, untuk menumis
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar sos tiram

Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak:
  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan.
  2. Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.
  4. Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.
  5. Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.
Tips:
Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit apabila kuah rendang sudah dimasak.



Makanan Tradisional Masyarakat Cina

Makanan tradisional masyarakat cina turut menarik perhatian ramai pihak untuk merasai keenakan makanan tersebut.
Berikut merupakan contoh makanan tradisional masyarakat cina:

Hasil carian imej untuk makanan tradisional masyarakat cina di malaysiaHasil carian imej untuk makanan tradisional masyarakat cina di malaysia

Makanan Tradisional Masyarakat India

Hasil carian imej untuk makanan tradisional india di malaysia

Gambar di atas merupakan makanan tradisional masyarakat india
Saya juga ingin berkongsi satu resepi makanan tradisional masyarakat india.

Hasil carian imej untuk resepi untuk membuat roti canai



Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
750ml air
1 biji telur
1 sudu garam
1 sudu besar mentega / marjerin
5 sudu besar tepung gandum( jika doh roti canai anda terlalu lembik , tambahkan sedikit tepung gandum ni )
Cara membuat:
1.Masukkan tepung gandum , telur , mentega dan garam secukup rasa kedalam bekas , kemudian kacau hingga sebati.
2.Masukkan air  kedalam bahan yang dikacau sebati.
3.Uli hingga jadi doh dan rehatkan doh selama 10 minit.
4.Uli lagi selama 6 – 8 minit ( ulangi langkah ini sebanyak 3 kali – uli dan rehatkan doh )
5.Uli sehingga doh menjadi kenyal dan tak melekat.( jgn risau kalau proses pertama terasa doh melekat di tangan kalau ianya masih lembik lagi selepas proses kedua , uli dan rehat , tambah sedikit tepung (1/2 sudu besar ).
6.Bentukkam menjadi bebola kepada 20 biji dan salut dengan margerin (perap selama 3 jam atau lebih).
7.Ambil roti , nipiskan sebesar piring  dan tebar hingga menjadi nipis (utk mengelakkan koyak ,
tangan mesti sentiasa berminyak ).
9.Panaskan kuali  dgn api sederhana ,  letaklah sedikit minyak dan masak hingga perang. (sambil terbalikkan roti , hendaklah sentiasa merenjis minyak diatas roti).
10.Siap untuk dihidangkan.
P/s: Jangan uli terlalu kenyal doh nya, boleh menyebabkan roti susah untuk ditebar dan keras.Roti Canai Lembut boleh juga dimakan bersama kari ikan atau kuah dal.